Dah buat funnel dan dapat database yang banyak tapi conversion rate rendah, apa sebenarnya yang berlaku?
APA MASALAHNYA?
Jadi kali ni kita akan kupas isu ini. Kerana mungkin kita akan cuba mencari solution pada tempat yang lain, padahal kita ada masalah pada satu benda sahaja.
1st. Leads dan database banyak tapi conversion rate (sale) rendah. Ini bermakna anda ada masalah dengan MESEJ (message to market match).
Mesej yang anda guna adalah tak sesuai pada target market anda. Ini kerana mereka berminat nak tahu, tapi tidak berminat untuk mendapatkan produk anda. Mereka hanya nak benda free, jadi apabila mesej anda tidak tepat untuk trigger kenapa mereka perlu dapatkan produk anda, tiada conversion rate yang akan berlaku.
Jadi mesej anda pada target market mestilah kena tepat pada masalah mereka. Pay attention to the message yang dibaca oleh mereka.
Nampak mudah, tapi untuk dapatkan mesej yang tepat bukanlah satu benda yang mudah.
2nd. Mesej dah tepat. Leads pun dah banyak. Tapi conversion rate (sales) rendah. Ini bermakna mesej anda berkemungkinan sama dengan pesaing anda offer pada market.
Mesej anda sama atau diubah suai sedikit (improvement offer) yang dah sedia ada dalam market.
Walau apa pun produk atau servis yang anda keluarkan dalam market, jika anda menggunakan mesej yang sama dengan pesaing (competitor) , ini akan memberikan kesan kepada Funnel anda.
Jadi anda mestilah mengelak dari buat improvement offer yang sama atau pun sudah sedia ada dalam market. Kebanyakan pengguna telah pun sedia maklum tentang setiap produk atau servis yang ada di dalam market. Mereka sebenarnya telahpun banyak mendapatkan benda sama. Jadi kita mestilah menyediakan satu offer baru yang lebih baik dari yang sedia ada.
Apa perkara yang baru yang harus kita keluarkan?
- Bukan Improvement Offer
- Create New Strategy
- New Movement
Jika anda keluarkan sesuatu yang baru, ini akan memberikan impak besar kepada market. Anda akan dapat dominate the market dengan membawa satu idea baru yang belum ada dalam market di samping menaikkan sales anda.
.
.
P/s: Kalau anda nak belajar lebih lanjut dan dapatkan perspektif baru yang mungkin boleh merubah brand anda 360°, boleh klik link di bawah sekarang!
.
www.brandhacklive.com