Scientific brand consultancy;
the non-conventional way
Tukar status quo. Atau bersedia untuk menjadi satu
BrandHack Associates adalah satu-satunya firma scientific brand consultancy khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia — di mana seni bertembung dengan sains untuk mencipta brand yang bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberikan impak yang boleh diukur. Kami bukan sekadar agensi branding; kami adalah strategic partner anda dalam membina brand yang berasaskan data, stategi, dan direka untuk growth.
Who we are
Ditubuhkan pada tahun 2016, kami adalah pasukan strategis jenama, pereka, dan inovator yang bersemangat dengan satu matlamat: mencipta pengalaman brand yang tidak dapat dilupakan.
Dengan gabungan kreativiti dan strategi berasaskan data, kami melangkaui kebiasaan untuk membina brand yang memberi kesan, menginspirasi, dan kekal relevan.
Eliminate competition
Bisnes di Malaysia hari ini menghadapi persaingan yang sangat sengit dalam pasaran.
Untuk breakthrough, mereka harus mencipta gelanggang mereka sendiri. Tidak bergantung 100% kepada channel media sosial semata-mata.
Mereka harus meletakkan brand mereka secara unik dan tidak mudah ditiru; menawarkan nilai yang berbeza untuk memperoleh competitive edge dan menjadikan mereka kalis pesaing.
Namun begitu, inilah kaveatnya...
Satu-satu brand itu hanya boleh grow dengan lebih stabil dan kuat melalui produk dan servis yang baik serta perkhidmatan dan pengalaman pelanggan yang berkualiti.
Tetapi itu sahaja tidak memadai.
Pesaing kita sekarang juga sedang giat untuk menambah baik kualiti produk dan customer service dan ini membuatkan kita tenggelam dan menjadi antara pilihan dibanding-bandingkan oleh pelanggan.
CFO
Nidzam Harjoh
Nidzam Harjoh ialah seorang konsultan pemasaran dan penjenamaan digital serta pengasas BrandHack Associates (dahulunya dikenali sebagai Trisparks), sebuah agensi penjenamaan dan konsultansi kreatif.
Kerjayanya bermula pada tahun 2004 di sebuah agensi web di Kuala Lumpur, menguruskan jenama terkenal seperti Apple Malaysia, Canon Malaysia, dan Tropicana Golf & Country Resort. Pada tahun 2008, beliau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang penjenamaan dan pengiklanan, bekerjasama dengan klien seperti SKB Shutters, A&W, MATRADE, Belum Rainforest Resort, dan World Islamic Economic Forum (WIEF).
Nidzam juga telah mengendalikan projek antarabangsa di Dubai, Korea, Qatar, Jepun, serta UK, termasuk kerja penjenamaan dan pemasaran untuk sebuah syarikat perisian berpengaruh di pasaran affiliate global.
Dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam industri, beliau kini berkongsi ilmu dan pengajaran berharga melalui program bimbingan dan konsultansi.