Resource

From blog videos, customer interviews and the actual tools you need to make a permanent shift. Here you’ll find resources that will aid the transformation.

Voting Machine vs Weighing Machine. Anda Yang Mana Satu?

Mungkin tips kali ni bunyi cliche tetapi everytime bila saya buat sesi consultation dan coaching, ini adalah antara masalah utama yang client hadapi.

Mereka secara tak langsung rasa vulnerable, demotivated dan lemah dalam market yang penuh dengan pesaing terutama sekali yang dah well-established dan besar.

So mereka mula spend pada perkara-perkara yang pesaing buat tanpa tahu tujuan dan objektif sebenar. Ended up, kerugian masa, tenaga dan duit puluhan ke ratusan ribu hanya kerana tak nak ketinggalan dan nak nampak kita pun sama hebat dengan ‘kuasa besar’ dalam market.

Kredit foto: http://equity2commodity.in

Benjamin Graham ni pula ialah guru kepada billionaire dunia seperti Warren Buffett, Charlie Munger dan Jeff Bezos. Beliau adalah “the godfather of value investing” dan “the dean of Wall Street.”

Quote dari beliau ni sangat popular, “In the short run, the market is a voting machine, but in the long run it is a weighing machine” dan membawa maksud yang deep. Ini juga menjadi teras kepada intipati brand Amazon sehingga ke hari.

Dalam jangka masa pendek, siapa yang ada authority dan influence yang lebih kuat, dia akan menang. Siapa yang ada followers Facebook dan Instagram juta-juta, dia akan menang. Siapa yang lebih famous, dia akan menang.

Dan it’s totally fine kalau market rasakan produk dan servis anda tak bagus atau tak menepati citarasa mereka. It’s ok kalau mereka kurang membeli dari anda sekarang. Just keep working on your craft.

Sebab dalam jangka masa panjang, kalau anda sentiasa berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik, bagi customer service yang terbaik. Sentiasa bersikap empati terhadap prospek dan customer. Akhirnya anda akan menang dan dominate market.

Now inilah apa yang berlaku kepada Jeff Bezos, founder kepada Amazon masa beliau bermula tahun 1994 dahulu. Beliau tak nampak besar dan jauh ketinggalan berbanding Microsoft, Google, Apple dan seumpamanya walaupun Amazon dah jana puluhan juta dan berjaya di IPO kan (Initial Public Offering).

Carta 15 Brand Yang Terbaik Di Dunia (2000 – 2018)

Video di bawah menunjukkan carta syarikat gergasi dengan nilai brand yang paling tinggi di dunia. Dan kalau anda perhatikan betul-betul, Amazon is NOWHERE in the list dari tahun 2000 hinggalah ke tahun 2013.

Dia tak famous seperti yang lain. Tak gah seperti yang lain. Mungkin kita sendiri takkan beli share Amazon masa dia tengah murah sebab tak cukup aware dengan potensi Amazon. Tetapi cuba observe 2014 onwards, apa yang berlaku.

So kesimpulannya, dahulukan apa yang perlu didahulukan walaupun ia tak nampak sexy dan membuatkan anda popular.

Tukarkan fokus dan obsession anda… dari obses terhadap persepsi kepada obses terhadap customer. Dari obses kepada kaya cepat kepada obses kepada giving the best value and customer service.

Anda buat perkara ni sekarang, dalam masa 6 bulan lagi, anda boleh lihat sendiri apa perubahan dan transformation yang berlaku dalam bisnes anda.

Apa pun, boleh share pengalaman atau pendapat anda di bahagian komen di bawah?

CULTIVATE THE INTERNAL WORLD OF A SUCCESSFUL ENTREPRENEUR

How to overcome the revenue barrier and scale your business to 7 figures by shifting your identity